Bahasa kampungnya kalau kat Malaysia ni kita kelui LIDAH BUAYA. tapi bahasa canggih atau saitifiknya dipanggil Aloe Vera.. mak-mak kita dedulu banyak tanam kat dalam pasu. asal kena api sikit dia pi carah lidah buaya ambik lendir sapu tempat kena api tu..lepaih tu kita rasa sejuuuukkkk ja.. betui tak..tapi memula tu pedih la jugok.
Banyak khasiat aloe vera ni habaq ang.. sebelum tu apa kata kita baca dulu sejarah penemuan pokok sakti nie..
ayat-ayat hak di bawah tu ahkak copy paste je dari website forever living.. kalau hangpa rasa nak maklumat lebih hangpa boleh google la sendiri takpun hangpa p kat library. Maklumat dan tulisan kat bawah ni semata-mata untuk info sahaja ye. Ahkak tidak akan bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan maklumat dari blog ahkak ni.
Sebelum ini di kenali sebagai ‘Tongkat Sakti Syurga’ oleh orang asli Amerika dan dipanggil ‘Doktor Dalam Pasu’ oleh penjelajah agung Christoper Columbus, aloe vera ataupun lidah buaya sememangnya bukanlah suatu pokok yang biasa.
Tulisan-tulisan yang merekodkan keberkesanan lidah buaya untuk pelbagai kegunaan kesihatan dan bagi rawatan tradisional telah diperturunkan dari seawal 4,000 tahun dahulu, seperti yang dijumpai pada Ebers Papyrus, iaitu suatu tulisan Mesir dari tahun 1500an Sebelum Masihi.
Dalam manuskrip perubatannya, Pedianos Dioscorides seorang pakar perubatan terkemuka yang hidup lebih kurang 2000 tahun dahulu juga menerangkan dengan terperincinya kegunaan lidah buaya untuk pelbagai rawatan tradisional dalaman dan luaran.
"Mengikut lagenda, Iskandar Zulkarnain telah menakluki pulau Madagascar atas gesaan penasihatnya iaitu ahli falsafah terkenal Aristotle semata-mata untuk memperolehi bekalan lidah buaya yang mencukupi bagi kegunaan tenteranya, iaitu untuk disapu pada luka-luka askar-askarnya. Ratu Cleopatra juga telah dikatakan menganggap kecantikannya disebabkan oleh lidah buaya yang sering digunakannya."
Berdasarkan fakta-fakta dan lagenda-lagenda di atas serta pelbagai dokumen sejarah dari merata-rata tempat di seluruh dunia, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa lidah buaya adalah salah satu daripada tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam rawatan purba.
Dalam dunia moden hari ini, mungkinnya kegunaan lidah buaya yang paling dikenali ramai ialah sebagai ejen untuk melegakan dan memulihkan luka.
Akan tetapi, ramai para penyelidik percaya bahawa lidah buaya boleh membawa lebih banyak lagi manfaat yang lain di samping menolong memulihkan luka. Bukti-bukti beranekdot yang dikumpulkan daripada surat-surat perakuan oleh pengguna-pengguna yang berpuas hati dengan penggunaan lidah buaya dan eksperimen-eksperimen makmal mencadangkan bahawa lidah buaya mungkin boleh membantu untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan daripada masalah kulit hingga ke masalah dalaman yang berkait dengan usus dan sistem imun.
Sejak penemuan semula lidah buaya pada awal 1900am, pelbagai penyelidikan telah dijalankan oleh saintis di seluruh dunia ke atas lidah buaya. Walaupun tidak terdapat sebarang unsur spesifik lidah buaya yang telah dikenalpasti boleh merawat apa-apa penyakit tertentu, namun secara umumnya para penyelidik percaya bahawa ia adalah tindakan bersinergi beratus-ratus sebatian dalam lidah buaya yang menghasilkan kesa-kesan positif yang telah dialami oleh pengguna-pengguna lidah buaya.
Analisa makmal gel aloe vera menunjukkan bahawa ia mengandungi lebih 200 sebatian termasuk 20 jenis asid amino, 12 antrakuinon, 12 vitamin, 8 enzim, 20 mineral, 4 sterol tumbuh-tumbuhan, monosakarida, polisakarida, saponin, asid salisilik, lignin dan hormon. Tindakan-tindakan bersinergi sebatian-sebatian inilah yang dipercayai imunnya, yang pula menolong memperkuatkan sistem pertahanan dan pemulihan badan kita untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan.
Wrote by sentuhansofea