SELAMAT DATANG KE LAMAN WARISAN E-BUNDA
Laman ini akan memuatkan pelbagai produk & perkhidmatan bagi tujuan jualan dan juga turut memuatkan info, gambar, tips, cerita dan apa-apa saja yang difikirkan sesuai oleh pihak Warisan E-Bunda
Semua maklumat dan info serta cerita yang dimuatkan dilaman ini adalah bertujuan untuk perniagaan/business dan juga sekadar perkongsian (sharing is caring).
Semua info, tips dan cerita adalah berdasarkan pengalaman dan cerita-cerita insan-insan yang bergelar ibu kepada Pihak Warisan Ebunda ataupun melalui pengalaman & pengetahuan Pihak Warisan E-bunda Sendiri. Sekiranya ada persamaan yang menyentuh sesitiviti anda ia adalah secara kebetulan semata.
Golongan 18thn kebawah tidak digalakkan melayari laman Warisan E-bunda kerana terdapat pelbagai unsur (18PL) yang akan dimuatkan didalam laman ini.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Laman Warisan E-bunda. Segala kebaikan dan kelebihan adalah datang dari Yang Maha Esa manakala kekhilafan adalah dari pihak kami sendiri. Semoga anda semua mendapat manafaat daripada laman ini.
Salam hujung minggu
Balik dari kg ari tu c hero dan c kakak dah nampak tanda-tanda demam batuk dan selseme. semalam c kakak batuk teruk dan panas badan, c hero pon sama, sudahnya ibu tak dapat tidur.
Biasanya ibu akan bagi si manja makan Berina C-Plus tapi dah lama tak order tak sempat nak order, jadi selain dari ubat klinik untuk c kakak sbb dah 5 tahun, untuk c hero ibu cuba elakkan bagi ubat ibu guna cara tradisonal dan doa dengan harapan kurangkan panas pbadan dan redakan demam.
antara caranya adalah:
1. Jelung atau jaram ngan air asam jawa
Cara: ambil segengam asam jawa ramas dalam air suam/sejuk ( ada sesetengah cadangkan ngan air suam). sapukan air tersebut ke seluruh badan anak terutama bahagian ketiak belakang dan kepala.
2. Daun Bunga Raya
Kat kl dan dalam keadaan darurat kelam kabut tak sempat derrr nak cari daun bunga raya. kalau kat kampung adala kot.. caranye sama jugak amik daun atau bunga ramas dalam air suam/sejuk , jelungkan kat bdan baby/anak
3. perhatian dan pelukan
Ini yang saya amalkan.. anak bila demam dia akan merengek. pelukan dan usapan lembut dan ikhlas sedikit sebanyak akan mengurangkan rasa tidak selesa malah anak dapat tidur dalam pelukan hangat kita.
4. Doa
disamping Pelbagai cara yang kita ikhtiarkan doa kapada yang maha esa hendaklah sentiasa di mulut. Hanya Dia yang maha mengetahui dan maha menyembuh.
 |
| HERO DEMAM- FLAT |
 |
| KAKAK PON DEMAM SERENTAK |
 |
| DOA DEMAM PANAS |