LAKSA PENANG KAK JENAH



Salam hujung minggu i olls!!
Hari ni kak jenah cadang nak buat laksa penang resepi dari rakan FB Nanamatahariku yang di upload kat Group Geng dapur kat  sini

Alhamdulilah,.. walaupun pecah satu periuk kesayangan oleh chef kecik .. berjaya gak siapkan 
1. Puding Kastard- bekfast
2. Laksa Penang- lunch

Kembang jugaklah lubang hidung bila tengok hubby makan 2 mangkuk lepas tu ulang makan lagi supper 1 mangkuk, anak2 pun suka. penat hilang tengok dorang suka makan. sedapla kot ekk..(hik3.. Perasan tullah Kak Jenah ek)
Tapi Kak jenah tak leh makan banyak.. baru setahun lepas czor ngan c kecik.. kata org pantang makan laksa takut bentan urat ngan bentan angin.. harap2 oklah semoga Allah Lindungi kak Jenah yek.. teringin sangat nak makan.. nak tunggu 3tahun  waduh..lama sangat tuh.. insyaallah kak jenah makan Jamu Dewi Dara keluaran SDM ni moga2 dapat jadi perisai.

Oklah.. jom layan resepi Laksa Penang versi Kak Jenah


BAHAN-BAHAN
1. 3 EKOR IKAN SELAR BESAR
2. 1 TIN SARDIN (KECIL)
3. 15 TANGKAI CILI KERING
4. 2 BATANG BUNGA KANTAN (POTONG 4)
5. 2 IKAT DAUN KESUM
6. 2 KETUL BELACAN -SAIZ IBU JARI D BAKAR
7. LENGKUAS BESAR IBU JARI
8. 3 BIJI BAWANG PUTIH
9. 5 BIJI BAWANG MERAH
10. 1 BIJI BAWANG BESAR
11. 8-10 KEPING ASAM GELUGUR (BOLEH TAMBAH KALAU KURANG MASAM)
12. KULIT UDANG (OPTIONAL- KEBETULAN LUNCH GUNA UDANG JADI AMBIK KULIT UDANG TUK DIREBUS DENGAN IKAN)-PENAMABAH PERISA
13. GARAM, GULA, PERASA SECUKUP RASA



BAHAN HIASAN

1. TIMUN
2. SENGKUANG
3. CILI BESAR
4. DAUN SALAD
5. BATANG SALERI
6. LIMAU KASTURI
7. LADA KECIK - KALAU NAK PEDAS
8. TELUR REBUS POTONG 2/4/6 TERPULANG

SEMUA BAHAN-BAHAN DIPOTONG IKUT KESUKAAN DAN KREATIVITI MASING-MASING. KAK JENAH POTONG PANJANG AGAK2 DALAM 2 INCI UNTUK TIMUN DANSENGKUANG, SALERI POTONG LENTANG IKUT BENTUK DIA , YG LAIN TENGOK JER LA GAMBAR SEBELAH YEK. HE3



CARA-CARA

REBUS IKAN DAN KULIT UDANG DENGAN SEDIKIT GARAM
AIR KASI TENGGELAM IKAN


ASINGKAN ISI IKAN DAN TULANG IKAN

DENGAN MENGGUNAKAN AIR REBUSAN IKAN TADI
1. BLEND BAWANG, BELACAN, CILI KERING, LENGKUAS - ASINGKAN
2. BLEND ISI IKAN-ASINGKAN
Add caption

BLEND TULANG DAN KULIT UDANG
TAPISKAN, MASUK DALAM PERIUK YANG MENGANDUNGI LEBIHAN AIR REBUSAN IKAN
PASTIKAN DITAPIS BETUL2 , ELAKKAN TULANG DAN KULIT UDANG TERMASUK DALAM AIR REBUSAN TERSEBUT.

MASUKKAN SEMUA BAHAN-BAHAN YANG DIBLEND TADI KE DALAM PERIUK AIR REBUSAN IKAN
MASUKKAN BUNGA KANTAN, DAUN KESUM DAN ASAM GELUGUR, KACAU SEBATI

HANCURKAN ISI IKAN SARDIN KETEPIKAN DULU
PANASKAN CAMPURAN BAHAN-BAHAN TADI ATAS APAI SEDERHANA
KACAU SENTIASA SEHINGGA MENDIDIH DAN PEKAT
API SEDERHANA DAPAT ELAKKAN KUAH CEPAT BASI
MASUKKAN IKAN SARDIN HANCUR TADI KACAU LAGI  HINGGA MENDIDIH
SEBELUM DIANGKAT
SEMENTARA TU SEDIAKAN BAHAN-BAHAN UNTUK HIASAN
RENDAM LAKSA SEGERA DALAM AIR PANAS
TADA!!! DAH SIAP..HIDANGKAN
JOM MAKAN!!! 2 MANGKUK YOU MY HUBBY MAKAN.

SEBIJI PERIUK PECAH ,
CHEF KECIK LUKA SIKIT, TAPI STEADY.. SAPU MINYAK AJAIB ALHAMDULILLAH OK

HA... NILAH RUPE CHEF KECIK KAK JENAH, HERO NEVER DIE
RELEX JER WALAUPUN DAH PECAHKAN PERIUK IBU N LUKA SIKIT
IM OK IBU, IM A BOY WHAT???!!


OKLAH  I OLLS.. KAK JENAH HARAP YOU ALL DAPAT PAHAM DAN BOLEH CUBA BUAT YEK

SELAMAT MENCUBA!!
 SEPERTI BIASA JAGAN LUPA LIKE PAGE KAK JENAH
KAT SINI ONLINE SHOPE SENTUHAN SOFEA

 DAN AJAK2 KAWAN2 TUK JOINT GROUP GENG DAPUR YE
TQ!!!
NAK TIDUR DA KAK JENAH JUMPA ESOK EK..INSYAALLAH


Share:

2 comments

  1. sedapnya..
    dengan telur rebus dgn kuah laksa penang memang masyukkk =)
    singgah kat sini..jemput singgah blog sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm sudi jengah. Lama dah tak update kat sini..

      Delete