JAHITAN MELOMPAT

SALAM


AKAK AMBIK NI DARI BLOG LAMA,
JUST PERKONGSIAN BAGI YANG BARU NAK BERJINAK-JINAK NGAN DUNIA JAHITAN
YANG DAH OTAI MOHON BAGI TUNJUK AJAR YE

 tengah-tengah syok merempit tetiba fabrik jadi kedut, cek punya cek jahitan plak melompat  adui.. baran beb!! rasa nak hempuk je mesin kan?.. sabar cuba cek puncanya dulu ye sayang!!


Punca;

  1.  Jarum Tak dipasang dengan Betul - Cek balik jarum yang dipasang pastikan lekuk ngan lepernya jarum tu diletakkan pada posisi yang betul.
  2. Saiz jarum yang salah- Pilih saiz jarum yang betul untuk kain yang tertentu. biasanya kiat akan pakai jarum saiz 11 atau 13 untuk kain kotton atau ciffon. untuk kain yang lebih tebal sila gunakan jarum yang lebih besar sikit yek.
  3. Cara gulung benang kat sekoci tak betul- pastikan benang yang digulung dan diletakkan dalam sekoci ikut arah yang betul. kalau terbalik memang jahitan akan melompat.
  4. Jarum tumpul- kadang-kadang dek kerana terlalu asyik dan banyak sangat jahit. jarum yang kita pakai dah tumpul. jadi tukarlah kepada jarum yang baru.
Kalau ada sesapa yang ada tips atau pengalaman lain boleh kongsi sama ye..tq baby..

Sudilah kiranya like page akak kat sini ye honline shop sentuhan sofea

Kalau rasa nak joint geng dapur add kat sini ye

Share:

3 comments